Maybank baru sahaja mengeluarkan satu pesanan khidmat masyarakat yang mengingatkan orang ramai supaya tidak memuat turun aplikasi yang meragukan dan dipercayai mengandungi malware. Amaran tersebut telah diterbitkan menerusi laman rasminya di Facebook.

Berdasarkan amaran tersebut, MYCERT baru-baru ini telah memberikan nasihat keselamatan tentang sesetangah aplikasi Android yang mengandungi malware. Aplikasi berkenaan bukan sahaja mampu membaca SMS pengguna, malah mampu mendapatkan nombor TAC yang biasanya digunakan untuk melakukan transaksi perbankan dalam talian.

Sehubungan itu, Maybank turut berkongsi pautan pautan ke laman MyCERT yang mana menyenaraikan aplikasi-aplikasi yang disyaki mengandungi malware. Anda bolehlah mengunjungi ke laman tersebut untuk membuat semakan.

Pada April lalu, firma keselamatan ESET Research melaporkan aplikasi berkenaan mensasarkan pelanggan-pelanggan dari lapan buah bank di Malaysia. Beberapa aplikasi berkenaan didapati menyamar kononnya menawarkan perkhidmatan pembersihan menerusi aplikasi seperti Maid4u, maria’s Cleaning, Grabmaid dan sebagainya.

Oleh hal yang demikian, orang ramai diingatkan supaya sentiasa mengamalkan sikap berhati-hati apabila berurusan dengan sesuatu aplikasi atau laman web di dalam talian yang meminta maklumat sulit peribadi termasuk akaun bank.

Sebelum ini juga, seorang lelaki dilaporkan berjaya mengelak ditipu panggilan scammer hanya kerana buat semakan nombor akaun terlebih dahulu.

Hanya Kerana Buat Semakan Nombor Akaun, Seorang Peniaga Berjaya Elak Ditipu Panggilan Scammer

Mampu Peroleh Sehingga RM100,000 Sebulan, Rakaman Perbualan ‘Scammer’ Ini Raih Perhatian Netizen